Terbukti Fitnah! Tapi Kenapa Lambat Sangat SUARAM Dikenakan Tindakan


Kuala Lumpur: Tindakan tegas wajar dikenakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan imej negara dengan menyebar maklumat bohong kononnya perbicaraan mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene sedang berlangsung di Perancis.

Tembelang pihak berkenaan pecah berikutan penafian seorang pendakwa raya Perancis, Yves Charpenel terhadap dakwaan yang disebarkan beberapa portal berita online Malaysia.

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti melakukan siasatan, terutama ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang berterusan menggembar-gembur isu Scorpene sedangkan tiada kes perbicaraan mengenainya.

Memburukkan kepemimpinan

Katanya, penafian Charpenel jelas menunjukkan perancangan rapi SUARAM adalah berlandaskan motif politik dan menanam persepsi dalam kalangan rakyat kononnya berlaku rasuah dalam urusan pembelian aset pertahanan negara untuk memburukkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rakyat harus membuka mata dengan pecahnya tembelang itu sekarang. KDN mesti mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka menjatuhkan imej negara,” katanya kepada BH, semalam.
 
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.