Semakin Popular, Upah Penyiasat Untuk Membongkar Kecurangan Pasangan


Lahore: Semakin ramai wanita mahupun lelaki Pakistan mengupah agensi penyiasat persendirian pertama negara itu untuk membongkar kecurangan pasangan, kata pemiliknya, Masood Haider, bekas askar yang berkhidmat selama 23 tahun dalam angkatan tentera.

Apa yang menjadi pantang larang 20 hingga 25 tahun lalu tidak lagi dianggap begitu sekarang, kata Masood, 53, bekas juruterbang tentera yang menubuhkan agensi penyiasat berlesen pertama Pakistan, Factfinders.
Hasilnya, semakin ramai yang meminta bantuan agensi itu, katanya.

Ramai yang memegang pendirian sekarang bahawa lebih baik berpisah dan teruskan kehidupan jika tidak sefahaman di bawah satu bumbung, katanya lagi.

Salah satu sebab mengapa kadar perceraian meningkat ialah perbuatan curang suami atau isteri. Majlis Perundingan Islamabad yang mencatat kes perceraian rasmi berkata, kadar perkahwinan yang runtuh meningkat dua kali ganda sejak 10 tahun lalu.

Pada 2011, ada 557 kes cerai di ibu negara Islamabad saja, berbanding 208 pada 2002. Meskipun terbabit dalam siasatan 150 kes, masih ada perkara yang mengejutkan Masood ketika melakukan penyiasatan.

Seorang pelanggan menemui isteri sedang berasmara dengan kekasihnya. Wanita itu tidak menunjukkan reaksi malu tetapi menyalahkan kekasihnya kerana ditangkap suaminya, kata Masood yang bersara daripada tentera pada 2000.
Sambil ketawa, Masood memetik wanita itu sebagai berkata ketika itu: Saya kena tangkap kerana dia bodoh. Sudah tiga tahun saya buat hubungan dengannya.

Apabila saya buka syarikat ini, saya tidak pasti sama ada lelaki Pakistan akan beritahu saya hal isteri mereka. Tetapi, kes pertama saya ialah daripada seorang wanita yang suaminya curang, katanya lagi.

Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan agak tinggi. Bayaran deposit bagi menyiasat pasangan curang ialah AS$5,500 (RM16,500).

Kebanyakan pelanggan Masood ialah daripada orang kaya Pakistan yang tinggal di sini atau Britain, Amerika Syarikat serta Emiriyah Arab Bersatu - Reuters - Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.