Royalti Minyak Naik 20%, Negeri Ditadbir BN Kaya Raya Jika PR Memerintah?

Sebelum anda terus membaca laporan berita di bawah,  penulis ada satu soalan yang perlu anda jawab dan fikirkan. Sila isikan jawapan atau pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Soalanya berbunyi begini, katakan lah PR (Penipu Rakyat) berjaya memerintah Persekutuan (minta djauhi), akan tetapi negeri-negeri yang berhak mendapat royalti minyak sebelum ini masih lagi dipegang oleh Barisan Nasional (BN), adakah PR akan tetap meneruskan janjinya untuk memberi royalti sebanyak 20% seperti yang diwar-warkan atau PR akan menukar polisi mereka seperti mana contoh pemberian air percuma untuk seluruh rakyat Selangor.

Dalam hal ini, Sarawak sudah confirm milik BN, negeri lain seperti Terengganu sudah tentu tidak sukar bagi BN untuk mengekalkan kedudukanya di sana jika wakil rakyat ikhlas buat kerja. Agak-agaknya, sanggupkah PR melihat negeri-negeri yang ditadbir BN menikmati royalti minyak sebanyak itu.

KUALA LUMPUR - Kemampuan Petronas untuk menyumbang kepada negara secara berterusan akan menjadi persoalan jika bayaran royalti kepada negeri-negeri dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

Petronas, dalam satu kenyataan berkata, peningkatan ini akan menyebabkan pembayaran cukai pendapatan petroleum berkurangan.
Ia berkata, keuntungan syarikat juga akan merosot, dengan itu berpotensi menjejaskan keupayaannya untuk membayar dividen kepada pemegang saham.

Kenyataan ini tidak merujuk kepada mana-mana pihak, tetapi Pakatan Rakyat menjanjikan royalti 20 peratus jika mengambil alih Kerajaan Pusat.

Dipetik Bernama, Petronas berkata, peningkatan dalam pembayaran royalti juga boleh mengurangkan keberuntungan dan daya maju ekonomi semua projek minyak dan gas lama dan baharu yang sedang dibangunkan.

Ini akan menghalang Petronas dan kontraktor kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) daripada melabur lebih banyak ke dalam projek-projek ini.

"Sepanjang lima tahun akan datang, projek terancang dengan jumlah perbelanjaan modal bernilai kira-kira RM170 bilion berisiko dibatalkan.

Bersama-sama dengan kejatuhan pengeluaran dari medan minyak domestik yang matang, ini akan mengakibatkan pembayaran yang lebih rendah kepada negeri-negeri," kata syarikat minyak milik negara itu.

Ia berkata kejatuhan pengeluaran minyak dan gas juga akan mengancam jaminan tenaga negara. Selain kesan langsung ini, kemerosotan yang terhasil akan memberikan kesan berganda kepada industri minyak dan gas domestik seperti syarikat perkhidmatan serta industri sampingan, mengakibatkan kekurangan peluang pekerjaan untuk penduduk negeri-negeri terbabit.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Tak mungkin orang munafik menunaikan janjinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn pendapat anda..Pakatan Rabak mmg dihuni oleh golongan MUNAFIK

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.