BN Perlu Lebih Ramai Wakil Rakyat Berwibawa Untuk Menangkis Putar Belit Pembangkang

MP Kota Belud- Datuk Rahman Dahalan, tidak henti-henti mmeberikan fakta betul, mengenai dakwaan Pembangkang terutama Anwar Ibrahim berhubung bajet 2013.

Pembangkang dengan berbagai helah dengan penuh putar belit, tidak mampu berhujah, kerana MP Kota Belud itu senantiasa mencelah dengan memberi data dan maklumat yang betul.

Dakwaan Anwar, kononnya Kerajaan BN menghukum kerajaan yang diperintah PR, ternyata bohong besar, kerana kenyataan itu bercanggah dengan data statistik.

Sebagai contoh Statistik menunjukkan kutipan cukai di Kedah hanya RM5.4 bilion sepanjang lima tahun sejak tahun 2008 dan pada tempoh yang sama, kerajaan Pusat menyalurkan RM25.5 bilion kepada negeri berkenaan. Penyaluran kewangan ini merupakan lima kali ganda berbanding hasil kutipan cukai.

Malah di Selangor, sepanjang lima tahun, bermula tahun 2008, kutipan cukai berjumlah RM56.3 bilion, pada tempoh yang sama kerajaan Pusat menyalurkan RM62.7 bilion.

Data yang disebutkan diatas diberikan oleh MP Kota Belud, ketika mencelah perbahasan Bajet 2013 oleh Ketua Pembangkang-Anwar Ibrahim.

Kesiapsiagaan MP Kota Belud itu, menjadikan beliau sandaran BN menangkis putar belit pembangkang.

Pada masa akan datang, kita mahu MP seperti MP Kota Belud ini bertambah di dewan rakyat, kerana selain pemberi maklmuat, juga untuk merancakkan  perbahasan.

Sumber:  Suara Rakyat
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. kualiti ahli parlimen mcm ni dan KJ la yang kita nak..berhujah menggunakan fakta bukan mcm pakatan haram berhujah menggunakan auta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju dgn ulasan anda..Orang muda harus lebih berani dan tegas selain berpegetahuan luas..

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.