Sejak sekian lama semacam menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin
pembangkang dari DAP, PKR dan PAS menyerang dengan pelbagai dakyah dan
tuduhan kononnya ramai pemimpin BN gemar menjalani hidup gaya mewah dan
kurang pula cakna masalah khalayak.
Berulang kali tohmahan
sebegitu diulang-ulang, lama kelamaan ramai juga penyokong pembangkang
yang semakin memandang serong pada kepimpinan BN dan kian mencurigai
segala kerja buat bermanfaat yang dipelopori oleh Kerajaan Pusat.
Untuk menambah impak rasa mual dan kebencian rakyat, pemimpin
pembangkang dan balaci mereka berusaha pula mempotretkan imej buruk
terhadap Perdana Menteri dengan melontarkan tohmahan kononnya PM dan
isteri kerap bergaya mewah serta memiliki cincin permata harga
berjuta-juta, jam tangan mahal dan boros berbelanja di luar negara.
Bila pembangkang khususnya PKR memfokuskan serangan sedemikian,
gambaran positif pula terlakar difikiran penyokongnya bahawa para
pimpinan parti pembangkang tidaklah berperangai sedemikian rupa.
Para balaci bawahan mula terasa bangga merasakan pemimpin mereka
berjiwa rakyat dan zuhud pula gaya kehidupannya. Tidak materialistik dan
sentiasa dekat dengan denyut nadi rakyat. Pada fikiran mereka, para
pimpinan pembangkang memiliki gaya hidup berbeza berbanding BN dan lebih
dekat dengan nurani rakyat.
Kini bila meletus sahaja isu Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain
bermewah-mewahan menaiki jet eksekutif peribadi milik seorang ahli
perniagaan, para balaci mula berkerut muka dan akal pula semakin serabut
tak keruan.
Belum selesai isu bas mewah harga berjuta dan
lori treler penuh bergaya, ditambah pula isu jet peribadi, cukup untuk
meletakkan para balaci PR merasa sukar menerima kenyataan betapa pucuk
pimpinan yang difikirkannya begitu tawadduk dan zuhud seperti Anwar dan
lain-lain, tiba-tiba sahaja kelihatan lain sama sekali.
Bas 'free gift' hasil pembelian 50 buah lori sampah |
Dalam
keadaan sengal dan bengang, tetap akan ada balaci PR yang cuba menepis
isu dengan berandaian apa salahnya untuk Anwar serta pemimpin
pembangkang menikmati permandangan udara dari sebuah jet mewah itu.
Itu senario biasa sebenarnya bagi balaci pembangkang lebih-lebih lagi
untuk yang berstatus totok sejak azali yang sentiasa berfikir dari bawah
tempurung berbanding menganalisis suasana dari mata burung.
Dunia politik negara kita sebenarnya terlampau banyak politikus hipokrit
dari parti pembangkang yang diawal tingkat popularitinya mencanak naik,
gemar memaparkan gaya hidup tawadduk dan zuhud supaya sentiasa diingati
oleh rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa mengikuti denyut nadi
khalayak.
Namun, resam dunia acapkali membuktikan yang
seringkali mempotretkan diri mereka sebagai zuhud, tawadduk dan cakna
rakyat akhirnya lemas dalam pelukan kemewahan dan gaya hidup eksklusif.
Anwar Ibrahim dan gaya hidup zuhudnya bersama bas mewah, treler bergaya
dan sebelumnya gah bergaya bersama kereta eksklusif serta kini bangga
merentas ruang udara dengan jet peribadi yang sewaan per jamn harga
beribu RM sebenarnya tidak sendirian.
Lama sebelum ini, MB
Kelantan Nik Aziz Nik Mat sudah acapkali bergaya sakan bertukar ganti
kereta mewah walaupun jelas sekali amat kontra dengan seruan lamanya
yang mahu rakyat Kelantan menerima takdir kemiskinan. Ini realiti dan
watak sebenar pemimpin politik hipokrit sekalipun jubag dan serban kekal
dipakai, nafsu keduniaan tetap jua menguasai diri.
Beginikah rupa bentuk rumah pemimpin yang mengaku dirinya 'Marhaen' |
Pemimpin-pemimpin PR yang baru diuji dengan secebis kuasa diberi peluang
mengurus tadbir beberapa negeri pula, pun sedemikian juga. Baru
beberapa bulan menguasai urus tadbir negeri, kereta sudah bertukar ganti
dan kuota isteri kedua mula dipenuhi.
Rumah masing-masing
makin besar, dari papan menjadi banglo dan urusan tender serta kontrak
sudah pandai berkira soal komisyen dan sumbangan untuk kantung peribadi.
Ini juga realiti, kahak yang sebelumnya diludah ke muka lawannya begitu
selera dijilat kembali. Hakikat.
Tapi walau demikian rupa, ia
masih tidak menghalang para balaci bawahan berusaha mencari makna baru
bagi perkataan zuhud untuk menjustifikasikan keharusan untuk pemimpin
pakatan pembangkang seperti Anwar dan lain-lain rakan pimpinannya
menikmati gaya hidup mewah - YDP En Sham
About Unknown
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.