Old Town White Coffee Satu Lagi Produk 'Yahudi' Yang Perlu Diboikot Oleh Umat Islam

Boikot produk OldTwon
Kempen memboikot Old Town White Coffee yang didakwa milik Pengurusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham sedang giat dijalankan di media siber. Tindakkan ini diambil berikutan penghinaan berterusan yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham terhadap orang Islam dan agama Islam itu sendiri.

Walaupun kopitiam berkenaan menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai tenaga muda dari kalangan orang Melayu-Bumiputera, hakikatnya ketiadaan sijil halal dan keengganan kopitiam berkenaan untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM, menunjukkan bagaimana kesombongan dan keangkuhan pemiliknya walaupun boleh dikatakan pelanggan utama mereka adalah dari kalangan umat Islam.

Anehnya, para pekerjanya terdiri daripada anak-anak muda yang kelihatan seperti orang beragama Islam dan berbangsa Melayu.
 
Barangkali yang menjadi alasan, ialah pemberian dan penawaran gaji.

Sebenarnya, sebagai orang Islam dan menjunjung kebenaran Islam, seharusnya umat Islam mengamalkan 'rejim kewangan' yang lebih ketat dengan mempersoalkan tentang halal haram pendapatan yang bakal menjadi darah daging dan dipersoalkan di akhirat kelak. Jangan hanya kerana ia adalah pendapatan dan duit, maka semuanya dikira halal.

Memang benar, bekerja untuk memperolehi pendapatan adalah baik dan dituntut oleh agama. Namun, ada banyak juga pendapatan daripada pekerjaan yang diharamkan oleh Islam. Ia seperti arak yang walaupun dibenarkan untuk bukan Islam, tetapi umat Islam, tidak boleh langsung menanam anggur untuk dijadikan arak, memproses anggur untuk dijadikan arak, menyediakan tempat untuk simpanan arak, mengambil bahagian dalam penjualan arak bahkan yang menjadi pelayan untuk menghidangkan arak juga tidak dibenarkan oleh Islam.

Hanya golongan yang jahil dan enggan menerima hakikat agama Islam sahaja yang akan terus membenarkan diri terbabit dalam pendapatan yang syubhah dan haram seperti dalam kes sebegini.

Kalaupun bukan kerana OLDTOWN WHITE COFFEE milik Ngeh Koo Ham, tetapi alasan yang paling utama ialah tentang kesyubhanan pendapatan daripada kopitiam tersebut yang akan dipersoalkan oleh Allah Taala di akhirat kelak.

KECUALILAH kalau di negara ini sudah tidak ada pekerjaan sehingga wujud keadaan DARURAT yang mengharuskan kerja-kerja di tempat-tempat syubhah begitu. Walhal daripada hasil usaha kerajaan, baik Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri, terdapat TERLALU BANYAK PELUANG KERJA yang membenarkan orang Islam memperolehi pendapatan yang memang halal seandai itulah yang diniatkan dan dicari-cari!

Bukan OLDTOWN WHITE COFFEE sahaja yang perlu diboikot oleh umat Islam, baik kepada pencari pekerjaan, jauh lebih penting lagi kepada umat Islam yang tidak pernah peduli halal haram makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut untuk jadi darah daging, sebaliknya kepada mana-mana tempat makan yang tidak halal! - Kedahan69ers.Com
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.