Siapa yang meluluskan pembelian kompaktor sampah ketinggalan zaman yang sudah tidak dikeluarkan lagi modelnya ini memang seorang yang bijak, bukan bijak apa tapi bijak menipu dan membalun duit rakyat. Sudahlah wang rakyat diguna untuk membeli kompaktor sampah buruk ini. Apabila ia beroperasi kelak, rakyat masih perlu membayar yuran kutipan sampah pada setiap bulan.
Oleh kerana pembelian kompaktor sampah ini menggunakan duit rakyat yang mana sepatutnya dibeli dan disediakan oleh pihak kontraktor sendiri. Adalah wajar sekiranya segala maklumat pembelian 50 buah kompaktor sampah ini diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor.
Tindakan Kerajaan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membeli 50 model lori kompaktor sampah
yang sudah tidak dikeluarkan lagi bernilai RM14.5 juta, selain tanpa
melalui pengedar tunggal peralatan berkenaan menimbulkan tanda tanya.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar)
berkata, meskipun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menyatakan pembelian kompaktor tersebut dibuat secara terus dengan
syarikat pengeluar di China tetapi persoalannya siapakah yang memutuskan
pembelian itu.
"Jika benar model tersebut sudah tidak dikeluarkan, jenis apakah yang
sebenarnya dibeli? Siapakah yang memutuskan pembelian tersebut?
Sehingga kini, lori-lori kompaktor itu dikatakan masih belum sampai.
''Adakah perasmian penggunaan kompaktor itu yang dilakukan oleh
Menteri Besar pada Jun lalu hanya wayang untuk menutup isu sampah?''
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Laporan akhbar baru-baru ini memetik kenyataan dari pengedar tunggal
model sama kompaktor yang dibeli oleh kerajaan negeri, Dong Feng
Commercial Vehicles Sdn. Bhd., menyatakan model berkenaan sudah tidak
lagi dikeluarkan.
Menurut laporan itu, pembelian kompaktor yang ketinggalan zaman itu
dibuat oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad
(KDEB), membabitkan kos RM14.5 juta bagi membantu 12 pihak berkuasa
tempatan (PBT) menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor. Abdul Khalid mempertahankan keputusan pembelian 50 buah lori
kompaktor tersebut, selain menyatakan ia memberi penjimatan kepada
kerajaan negeri.
Kerajaan negeri turut menafikan keputusan menyemak semula pembelian
tambahan 50 kompaktor sampah buatan China membabitkan kos RM14.5 juta
untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor mempunyai kaitan
dengan dakwaan kononnya model itu ketinggalan zaman.
Sebaliknya, beliau menjelaskan semakan semula itu merupakan satu
amalan biasa bagi memastikan pembelian tersebut memberi pulangan wang
kepada kerajaan negeri.
Mohd. Zin berkata, pembelian kompaktor oleh kerajaan negeri yang
kononnya ingin menyelesaikan masalah sampah di Selangor boleh
diibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga.
''Setelah membatalkan kontrak Alam Flora, kerajaan negeri yang
kononnya prihatin dengan masalah sampah rakyat dikatakan membeli 50 buah
kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta," katanya.
Malah kata Mohd. Zin, kenyataan Menteri Besar semasa melancarkan
pembelian kompaktor tersebut bahawa ia adalah bagi kegunaan PBT dan
disewakan kepada kontraktor yang tidak mempunyai kapasiti, cukup
mengelirukan.
''Sedangkan syarat untuk menjadi kontraktor kutipan sampah ialah
sesebuah syarikat perlu memiliki kemudahan asas seperti kompaktor,"
katanya.
Justeru beliau berkata, pihaknya menunggu jawapan daripada Menteri
Besar tentang perkara tersebut kerana pada masa ini Pusat Khidmat Rakyat
(Pakar) BN Selangor masih menerima aduan berkaitan sampah yang tidak
dipungut.
''Hakikatnya, isu sampah masih belum selesai," tegas beliau - Utusan
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.