Olimpik 2012: Pakaian Sukan Tutup Aurat Bantu Atlit Wanita Beragama Islam

Menutup aurat adalah wajib untuk semua umat Islam, tidak kira samada lelaki atau perempuan, tidak mengira tempat atau apa jua keadaan.

Dalam acara Olimpik atlet wanita beragama Islam dibenar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini perkara baik dan wajar dicontohi oleh penganjur dan para atlet yang terlibat dalam bidang sukan.

Harapan penulis selepas ini, agar tidak lagi kedengaran suara-suara sumbang yang menggunakkan alasan bersukan sebagai modal kenapa mereka tidak perlu menutup aurat.

London: Pakaian sukan hijab yang dicipta khas menutup aurat wanita memberi galakan baru kepada wanita Islam menceburi sukan di peringkat antarabangsa.

Kejohanan Olimpik London menjadi tempat pertama menyaksikan peserta wanita bertanding dalam 26 acara dan badan bola sepak dunia, FIFA yang melonggarkan peraturan berpakaian supaya lebih ramai wanita Islam dapat bertanding dalam sukan itu.

Peserta yang tutup aurat

Sukar untuk mengetahui berapa ramai atlit wanita bertudung mengambil bahagian kali ini tetapi mereka termasuk peserta judo, Wodjan Ali Seraj Abdulrahim dan pelari Arab Saudi, Sarah Attar, selain pemain bola sepak.

Tahun lalu, Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa membenarkan atlit angkat berat wanita menutup kaki dan lengan mereka, memberi peluang kepada pasukan wanita Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi yang pertama bersaing dengan memakai tudung, diwakili oleh Khadija Mohammed, 17.

Apa yang perlu dipakai oleh atlit wanita tidak sepatutnya mendapat perhatian seperti ini tetapi bagi ramai wanita yang mahu menutup aurat, pakaian sukan menjadi penghalang untuk mereka bersaing.

Peserta pentathlete Mesir, Aya Medany memutuskan untuk tidak bertanding di Olimpik kerana perenang wanita dalam acaranya perlu memakai pakaian renang yang mendedahkan leher, lengan dan separuh kaki. Agensi
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.