Nora Danish Rancang Kahwin Tahun Depan..Ah! Melepas Lagi

Dek kenyataan yang didakwanya disalah erti wartawan sebuah akhbar, pelakon, Nora Danish, dikatakan sedang berkawan rapat dan dalam proses mengenali hati budi seorang lelaki.

Ditemui pada majlis berbuka puasa di ibu kota, baru-baru ini, pelakon berusia 30 tahun ini menegaskan, dia belum mempunyai teman istimewa dan tidak tergesa-gesa dalam mencari pengganti.

Menurutnya, ketika ini tumpuan adalah untuk membesarkan anak tunggal, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4.

Saya sedar, ramai yang bertanyakan mengenai kisah peribadi. Namun, apa yang saya cakapkan ketika itu sebenarnya sudah disalah anggap.

Ada media bertanyakan mengenai hal itu (teman lelaki), dan bukannya saya menjawab sedang mengenali seseorang, sebaliknya saya sedang berkawan dengan ramai lelaki.

Tiada yang istimewa pun kerana semuanya hanyalah kawan. Maksud saya ketika itu, saya sedang mengenali hati budi ramai lelaki, bukannya seorang, ujar pelakon ini.

Tegas pelakon yang kembali solo sejak empat tahun lalu ini, perkahwinan bukannya perkara main-main. Jadi saya perlu memilih lelaki yang sesuai. Sebab itu saya berkawan dengan ramai lelaki.
Saya juga tidak mahu memikirkan sangat soal peribadi, sebaliknya kini saya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan keluarga. Saya sudah mempunyai anak dan dia lebih penting daripada semua itu.

Bukan saya tidak mahu berkahwin lagi, tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa dalam mencari. Saya akui, saya ada merancang untuk berkahwin pada tahun depan, tapi jodoh pula belum sampai, kata pelakon ini sambil tertawa kecil.

Lawat keluarga di Myanmar Sama seperti rakan artis lain, Nora turut mengambil keputusan berehat pada bulan puasa. Aktiviti seni pada Ramadan pula sememangnya agak terhad, justeru, dia memilih untuk tidak mengambil sebarang tawaran dalam sebulan ini.

Seiring usia yang kian meningkat, Nora akui inilah waktu untuknya meluangkan masa beribadah sempena bulan mulia.

Selain mahu habiskan masa bersama keluarga dan bertarawih, saya juga menggunakan masa sebulan ini untuk berehat, sampai habis Aidilfitri.

Raya kali ini, kami sekeluarga akan ke Myanmar menziarahi keluarga sebelah mak di sana. Abah sudah meninggal dunia, jadi kami memilih untuk ke sana, melawat keluarga yang sudah lama tidak berjumpa," katanya yang akan berada di sana selama 10 hari.

Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.