Lawan Perasaan Negatif Kerana Ia Mampu Merubah Nasib Hidup Kita

Orang yang berusaha akan melakukan apa saja untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan biarkan diri anda dikuasai rasa bosan, malas dan jemu. Untuk melawan perasaan negatif itu,anda perlu;

1.Biasakan diri melakukan sesuatu sehingga selesai. Contohnya anda diminta menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh tertentu.Anda perlu siapkan dalam tempoh yang diberikan.Kelewatan menyebabkan kerja tertangguh dan tumpuan terjejas.Anda akan dihinggapi penyakit malas.

2.Hadkan masa yang cukup untuk menyiapkan sesuatu kerja.Cuba tetapkan masa yang bersesuaian dengan kerja yang perlu diberikan bagi menyelesaikan kerja tersebut.

3.Adakan satu matlamat yang mesti dicapai pada sesuatu masa.Anda perlu menetapkan satu matlamat yang jelas untuk dicapai setiap hari.

4.Tetapkan jadual berdasarkan mingguan atau bulanan.Catat segala urusan kerja dan perkara penting yang ingin dilakukan.Lakukan tugas mengikut jadual yang telah dirancang agar urusan lain tidak tertangguh.

5.Anda perlu membuat beberapa andaian  dalam sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.Oleh itu sentiasa bersedia dengan pelan A dan pelan B,sekiranya terjadi sesuatu.

6.Sentiasa mencari pembaharuan dalam melaksanakan tugas agar tidak jemu melakukan tugasan yang sama.beranikan diri bereksperimen untuk mencari sesuatu yang baru.

7.Atasi permasalahan dengan cara yang bijak bukan mengikut emosi.Sesuatu tindakan yang bercampur dengan emosi akan merumitkan keadaan.Jangan dibawa permasalah di rumah ke tempat kerja.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.