Hukum Bersetubuh Ketika Siang Hari Bulan Ramadhan


Diwajibkan Kaffarah Al – Uzma – iaitu membebaskan hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau sekiranya tidak mampu hendaklah memberi makan kepada 60 orang yang miskin – Sebagai hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari dibulan ramadhan dengan bersetubuh dengan sengaja.

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak.

Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan. Begitu juga dengan orang yang bermusafir tidak kena kaffarah baginya kalau sekiranya melakukan persetubuhan dengan niat menggunakkan Rukhsah ( kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika musafir ) kerana berbuka harus baginya . Tidak kena kaffarah juga bagi mereka yang bersetubuh dengan sangkaan bahawa hari masih malam walaupun hari sudahpun lebih daripada waktu terbitnya fajar.

Sumber: JalanAkhirat
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.